" You have coloured my world " . Welcome to CoklettoByha.. + Follow or Dashboard
CoklettoByha.


Assalamualaikum :]
CoklettoByha here.
This is officially my blog :D
Thanks for visiting. Leave your steps down here.

This is my new cbox. No harsh words please :]



Archives
By posts:
KINI, BIAR HATI BERBICARA
AM I BIG ENOUGH ?



Credits
Edit by : #NF
Template by : Nurul lzzati
Image by : we❤it


7 January 2014
KINI, BIAR HATI BERBICARA @ 09:55
0 talkative person(s)

Assalammualaikum hati :)

Sungguh ! Aku rindu menulis, sungguh aku penat bermonolog berbalas pendapat nafsu dan iman dalam diri sendiri. Sungguh aku selesa, kerana aku tahu, tiada mata yang akan melihat tulisan ini. Sungguh aku selesa kerana ini tulisan dari hati. Ku luahkan demi mengubati hati. Kian lama kian mati bukan kerana dengan namanya lelaki tetapi diri ini masih buntuh persoalan DIMANA AKU DI MATA ALLAH S.W.T SAMG PENCIPTA DIRI INI ?
 Terlalu, bukan sedikit persoalan tentang diri ini. Sungguh ! apa ? apa yang harus ku lakukan demi jawapannya. Ya ! semua boleh menjawab dengan mudah. Cari lah iman, disitu kamu temui jawapan yang dicari. Aku cuba ! Sungguh ! jalan ini memang payah, penuh durinyaa, penuh likunyaa. Taktala solat, hati bertanya 'TERIMAKAH ALLAH SUJUD KU INI ? MENGAPA SUSAH AKU TUMPUHKAN MINDA KU KERANA ALLAH, IKLAS KAH AKU ?', bukan sedikit persoalannya. Ya ! itu semua bisikan iblis. Tapi sumpah ! ia payah !! Jalan ini payah ! Jalan menuju taubat tu penuh dugaannya. Ya Allah :(


Sejak bila diri ini ingin mencari Allah ? Pasti itu punca kau merasa semua ini. Sejak gugur air mata ini dengan tazkirah dai'e yang bernama Rahmat. Ya ! Rahmat. Lelaki di dalam Pencetus Ummah.Moga Allah selalu bersama mu. Sungguh ! aku tersentuh. Namun aku takut, iman dan tersentuh itu bersifat sementara. Akan aku tergelincir lagi menuju lembah yang hina. Bagaimana hinanya ? Cukup diri ini dan PenciptaNya yang mengetahui. Sungguh aku takut pegangan tali iman itu rapuh sekali lagi. Dan sekali lagi dan sekali lagi dan aku terus tidak lagi mahu memegangnya. Aku takut aku hilang bertemu Allah lagi :(



Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis ? Ya ! cubalah hati. Cuba kuat demi syurga itu. Allah Maha Penyayang. Dia sayang pada diri mu. Kenapa aku sunggup lalai lagi tunaikan solat ? Kenapa mulut kamu masih lagi tidak berkata benar ? Mengapa hati aku masih menyimpan dendam ? Mengapa !! ??? Aku cuba, sungguh aku cuba untuk solat dengan khusyuk, aku cuba untuk tidak menipu dan menfitnah lagi dan aku cuba memaafkan manusia yang menolak diri ini ke tepi tanpa sedikit ihsannya! Tapi itu sementara ! Sungguh ! yang namanya ISTIQOMAH itu payah :(

Cukup sampai disini coretan hati. Carilah Allah wahai diri. Tidak sayangkah kamu kepadanya ?








❤ older posts /